Sejak dua menjak ni den rajin melayan blog ni. al-maklum la, abang aku baik hati meminjam kan aku beruk kecik dia. heheh.
Benda yang aku nak cerita kali ni memang dah lama gila aku pendam di dasar lubuk hati aku yang nun jauh di sana.
SAF SOLAT
Sepanjang aku hidup ni baru aku perasan yang ada segelintir daripada kita ni *perempuan* tak tahu kedudukan saf kita solat. BEZA TAHU SAF SOLAT UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN.
Lelaki
Perempuan
*p/s : buruk sikit tapi ni je mampu, haha!
Kalau korang ada yang tak faham boleh la tanya. Tapi aku sendiri tak sure kedudukan sef perempuan ni memang wajib kita macam ni kalau semua perempuan or what. Sebab selama aku duduk hostel nilah yang aku belajar...
MASBUK
Maybe ada yang tak tahu masbuk tu apa. Masbuk tu maksud mudah dia kita lambat masuk dalam jemaah solat. Ni pun salalu ak perasan perempuan je ada masalah ni. Lelaki aku tak pernah tengok lagi. Lagipun, kebanyakkannya lelaki dah tahu sebab diorang sokmo gi soalt jumaat.
Kita kena tahu kalau kita punya solat tak cukup rakaat korang kena qada' or ganti rakaat yang korang tak sempat tu. Macam mana kita nak tau?
Contoh, imam dah start solat ni. Kita lambat. Kalau kita sempat ikut imam sebelum or semasa imam rukuk, so kita punya rakaat dikira. Tak yah lah ganti.
Kalau kita ikut imam time imam dah sujud, maknanya kita tak dapat rakaat tu. Kita kurang satu rakaat la kiranya.
Lagi satu kes, kalau kita masuk time imam dah rakaat kedua, means korang kena ganti rakaat 1st yang korang tak sempat dengan imam tu. Macam tu jugak kalau korang mesuk rakaat ke-3 and so on...
MACAM MANA NAK QADA" / GANTI RAKAAT?
Senang je!!! Lepas imam bagi salam, korang jangan nak sesibuk nak bagi salam gak! Bangun and sambung solat cam biasa. Kalau korang masuk rakaat ke-3 dengan imam tadi, jangan lupa lak tahiyyat awal!
Ada pulak pesen yang nak ikut imam style kejar imam. Ehh, tak payah susah" der, Islam kan mudah. Ikut je imam buat apa, then qada' la. Ingat!!!
Okay, ini je ilmu yang aku ada. Kalau ada yang salah tu korang tegur lah. Aku ni tulis ikut sedap je ni. Takut juga terbuat ajaran sesat. Tak pasal" aku free" masuk neraka. Nauzubillah!
For those yang nak tau cerita" best bab" agama ni, korang try lah tengok blog http://angelwearsgucci.blogspot.com/ or http://budak-tomato.blogspot.com/ .
Wassalam :))





No comments:
Post a Comment